Allah Subhanahuwataala menyeru manusia seluruhnya, samada lelaki atau perempuan:
“Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain” (AliImran-195)
Allah Subhanahuwataala berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman” (Al-Ahzab:35)
Allah menyebut wanita yang solehah, yang taat lagi memelihara kehormatannya.Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam datang dan memperkatakan tentang wanita Muslimah dan peranannya dalam kehidupan ini. Baginda berpesan supaya berbuat baik kepada wanita kerana wanita adalah saudara kandung lelaki dan dialah yang menguruskan anak-anak, mendidik anak-anak dan mengeluarkan para ulama dan para syuhada!!!
Baginda Sallallahua’laihiwasallam bersabda:
“Berpesanlah kepada kaum wanita dengan kebaikan”
Baginda bersabda lagi:
“Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kepada isterinya, dan aku adalah sebaik-baik kamu kepada Isteriku” (Rawahu Bukhari)
Baginda berkata kepada anaknya Fatimah serta kepada Ali:
“…Mahukah kamu berdua aku tunjukkan tentang kebaikan untuk kamu berdua lebih baik daripada pembantu? Kamu berdua bertasbih kepada Allah 33kali, bertahmid 33kali dan bertakbir 33kali.” (Rawahu Muslim)
Baginda mendidik anak perempuannya,Fatimah, supaya bertaqwa kepada Allah, bertasbih, beribadah, bertahmid dan berhubungan dengan Yang Maha Hidup lagi Maha Mengatur urusan makhlukNya. Fatimah hidup dalam rumah kenabian, sehingga dia disusui dengan iman dan al-Quran dan lahir atas perkara Lailahaillallah… Justeru, wahai saudari seagama, marilah kita berhias dengan iman dan penuhi hati dengan Iman. Sebab ramai wanita berhias dengan emas dan perak, tetapi mereka hilang kemuliaan, kesucian diri, memelihara pandangan dan iman. Mereka tidak mendapat redha Allah, tidak mendapat cintaNya, tidak mendapat tabirNya, dan tidak mendapat kehidupan yang menyenangkan. Kerana tidak ada rasa aman dan kedamaian bagi muslim dan Muslimah kecuali dengan agama ini.
"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta". ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadaMu, lalu Engkau melupakan serta meninggalkannya, dan Demikianlah Engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". ( Tahaa:124-126)
Berikut adalah kisah-kisah para wanita solelah yang boleh kita teladani:
1) Isteri Fir’aun: Asiah Radiallahu’anha Ia mengakui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan memenuhi hatinya dengan iman. Dia taat kepada ArRahman sedangkan suaminya adalah dajjal, penderhaka, dan kafir yang wajahnya akan dijerumuskan dalam neraka. Dia memilih tetangga sebelum kediaman. Dia telah meminta bertetangga dengan Allah Yang Maha Esa dan Syurga tempat tinggal yang luasnya seluas langit dan bumi, Dia menginginkan untuk dekat dengan Allah. Dan Allah berfirman, tentang pengharapan dan doa yang mengagumkan:
"Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu Dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum Yang zalim" (At Tahrim: 11)
2) Ummu Anas: Ketika Rasulullah Sallallahua’laihiwasallam datang ke Madinah, dia mencari hadiah untuk dihadiahkan kepada baginda, tetapi tidak mendapatinya selain anak lelakinya, kesayangannya dan belahan hatinya, Anas. Lalu, dia memandikannya, memakaikan pakaian, dan memberi wangi-wangian. Lalu, dia pergi membawa anak lelakinya yang masih berusia 10tahun dan berkata:
“Wahai Rasulullah, Anas adalah anak lelakiku dan orang yang paling aku cintai, aku hadiahkan kepadamu untuk membantumu sepanjang hidup. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuknya.”
Maka Rasulullah pun bersabda: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, perbanyakkanlah harta dan anaknya, dan ampunilah dosanya.” (Rawahu Ahmad)
Wanita beriman ini maharnya dalam Islam merupakan mahar yang paling besar. Maharnya adalah Islam. Abu Talhah yang masih musyrik melamarnaya untuk menjadi isteri, maka ia berkata:
“ Kamu musyrik dan aku Muslimah. Demi Alla, aku tidak menikah denganmu sehingga kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah.”
Abu Talhah mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”
Abu Talhah bersujud kepada Allah, lalu ia menikah dengannya.
Mereka berkata: “Kami tidak pernah mendengar pada masa jahiliyyah ataupun Islam mahar yang lebih besar daripada mahar Ummu Sulaim” (bersambung)